Wednesday, May 23, 2012

Isu "Emulsifier" Dalam Coklat

"Saya nak tanya mengenai isu coklat cadbury yang ada kekeliruan antara emulsifier code E437 (sumber khinzir) dan cop JAKIM. Macam mana nak hadapi isu-isu yang mengelirukan macam ni?" Pelajar CFS IIUM.

Ulasan:

- "Emulsifier" adalah bahan tambahan yang diletakkan pada makanan untuk mengelakkan makanan tersebut menjadi cair. Seperti coklat.

- Emulsifier yang ada pada coklat Cadbury adalah dari jenis tumbuhan - soy lechitin. Ia dinyatakan sendiri pada pembalut. Kod E460/E437.

- Logo "HALAL" itu sendiri telah memberikan jawapan ia halal untuk dimakan. Tidak ada sebab untuk diragui.
Emulsifier antara bahan meluas digunakan dalam indutri makanan
- Prinsip dalam bab makan, "Tak perlu diberat-beratkan" (tanya terlalu mendalam). Apa yang jelas halal, makan.

- Dalam sebuah riwayat, ada suatu kaum bertanya kepada Nabi s.a.w: "Ada suatu kaum memberikan kami daging, kami tak mengetahui samada disebutkan nama Allah keatasnya atau pun tidak (semasa disembelih)? Lalu Nabi s.a.w bersabda: "Kamu sebutlah keatasnya nama (Allah, iaitu dengan membaca basmalah), dan makanlah ia!" - Riwayat Al-Bukhari no. 5188.

No comments: