Ribuan kemaafan dipinta kerana tidak dapat memenuhi undangan dan jemputan. Saya mempunyai rancangan lain dimusim cuti sekolah ini. Hanya iringan doa dan salam saya utuskan dari jauh "Bumi di bawah Bayu".
Saya Memilihnya Kerana Allah
Pada kebiasaannya, insan menjadikan faktor fizikal sebagai teras pemilihannya. Tidaklah salah, tetapi ia merupakan nikmat singkat dan hanya terbatas buat sementara. Maka, ada yang sanggup memilih jelita walau sengsara, kerana menolak tepi akhlak dan budi yang mempersona.
Sebelum melangkah pulang ke kampung halaman, sempat juga bersembang borak dengan beberapa teman yang hendak bernikah. Pastilah topik calon isteri menjadi salah satu tema utama.
Sungguh saya menghormati dan kagum dengan cara mereka menjaga hubungan sebelum menjalin ikatan yang sah. Adab pergaulan dipatuhi dan tidak berbicara dengan bakal pasangannya melainkan kerana keperluan dan sekadarnya sahaja.
Dalam pada itu, ada salah seorang teman saya telah memilih pasangannya kerana kasihkan ibunya. Apabila ditanya kenapa, jawabnya mudah “kerana mak ana nak, mudah-mudahan baik. Insya-Allah”
Subahana Allah..“Nta memilihnya kerana Allah”
“Barakallah lak, Wa baraka ‘alaik, Wa jam’a bainakuma fi khair…Insya-Allah”
7 comments:
assalamualaikum , masa ust bila ?
semoga temu jodohnya :)
Wa'alaikumsalam. masih tak nampak lagi jodohnya...maka diteruskan dengan mengejar cita-cita. yang bertanya?
ada yang barangkali terlalu memikirkan hal jodoh sbb ramai yg dah kahwin,kahwin sbb org lain dah ramai kahwin.
bagi saya, itu adalah fitrah dan lumrah...
Rezeki jodoh itu rahsia Tuhan dan setiap sesuatu ada waktunya =)
bagaimana pula jika perempuan itu kawin,kerana disangka pilihannya itu tepat buat dirinya.....tetapi jodohnya tidak lama....di mana silap??apa yang salah?salah pilih?
bagaimana pula jika perempuan itu kawin kerana disangka pilihannya tepat tetapi jodoh tidak lama.dimana silapnya?apa yang salah?salah pilih?
Post a Comment