Tuesday, November 16, 2010

Antara Cita atau Cinta

Tahun 2010 hampir melabuhkan tirainya, apatah lagi keadaan dan suasana itu dapat dirasakan dengan berakhirnya musim persekolahan dan semester di UIAM. Pengalaman yang dirai tahun ini cukup pelbagai, terutama apabila berpeluang menjadi guru muda di sekolah menengah. Setidak-tidaknya menjadikan diri semakin matang dan berketerampilan.

Keutuhan mempertahankan prinsip sesekali diuji, terutamanya apabila berdepan dengan guru yang lebih usianya. Mana mungkin hendak mencabar mereka dengan pengalaman yang ada, ia hanya sekadar nipisnya kulit bawang. Cuma berbekalkan ilmu yang ada dan sedikit sebanyak dibantu dengan pembacaan menjadikan diri berani untuk berbetah.

Secara peribadi saya menghormati guru-guru ini, usia mereka itu menyamai ibubapa saya, malah ada yang bertaraf datuk dan nenek. Ditambah pula dengan keikhlasan dan kesungguhan mereka untuk mendidik anak bangsa di sekolah. Tetapi ia juga bukan penghalang untuk kita menyuarakan pandangan atau membetulkan keadaan.

Bekerjaya sebagai guru dan pelajar sepenuh masa secara serentak terlalu menuntut disiplin waktu yang tinggi. Sekali alpha dengan waktu dengan membiarkannya berlalu tanpa pengisian yang berfaedah memang cukup merugikan. Samada kerja semakin bertimbun atau assignment yang diberikan pensyarah semakin berlambak kalau tidak dibuat segera.

Alhamdulillah...hampir setahun setenggah berkerjaya sambil belajar, akhirnya course work telah pun habis disempurnakan. Tinggal lagi menyiapkan thesis untuk semester akan datang. Penat lelah sebegini Insyallah berbaloi, setidak-tidak dapat memanfaatkan waktu muda yang ada.

Teringat ungkapan mak angkat sewaktu menyertai baktisiswa di Jalan Kebun, 3 tahun lepas...katanya, sering kali dia berpesan kepada anak-anaknya “kamu nak pilih mana, cita-cita atau pun cinta?” agaknya sambil dia berseloroh begitu, pesanan itu juga tuju kepada saya.

Maka, saya ini juga tujukan kepada rakan mahupun murid-murid yang masih menuntut supaya memilih antara keduanya. Jangan sampai tersalah “lorong”. Usia muda disisi dengan berfaedah agar tidak menyesal dikemudian hari.


6 comments:

nh23 said...

Salam..pa khbar??lama jugak diam d semenanjung ea??dh lama follow blog abg,baru skg update entry..huhuhu..btw,nice entry

Isyraf Imrani said...

Cabaran tinggi yer hidup ust. Kalau ana ditempat ustaz, konfem tak boleh urus masa dengan baik. InsyaALLAH ana akan cuba perbaiki disiplin dan pengurusan masa ana :)

antamuSlim said...

saya telah memilih cita dan juga cinta sekaligus. cinta menyebabkan saya lebih bercita-cita tinggi. bagaimana?

ibnramlee said...

cinta ada pelbagai. cinta yang "terarah" sesekali membuatkan pemiliknya punya semangat.

ibnramlee said...

to Isyraf Imrani: belum cuba belum tahu.

Anonymous said...

semangat pada orang muda, hikmah pada orang tua. kedua-duanya perlu digandingkan bersama. baru ada pacuan kepada kegemilangan. Tidak semestinya orang tua tidak perlu belajar dari orang muda, seperti juga orang muda tidak semestinya hanya belajar dari yang tua. Orang tua tidak selalunya betul, dan orang muda tidak selalunya salah. Hidup adalah madrasah pendidikan bagi mereka yang mahu terus belajar. Semuga yang tua dan muda akan saling bahu membahu, hormat menghormati.