“Jangan potong roti dengan pisau.
Hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati
roti itu”.
Penulis hadith ini tidak meletakkan sumber rujukan dan tidak pula meletakkan
status hadith (darjat penerimaan) berkenaan dengan fadhilat roti. Maka ramai
jugalah yang percaya bulat-bulat dan menyalin semula tanpa mengetahui kesahihannya.
Hadith Berkenaan Kelebihan Roti
Hakikat sebenarnya hadith tersebut adalah palsu, bahkan tidak ada sandaran
sanad. Dalam kitab “الطب النبوي” Ibn Qayyim
Al-Jauzi ada menyebutkan hadith tersebut ketika membahaskan mengenai roti,
katanya:
وذكر البيهقى من
حديث عائشة رضى الله عنها ترفعه: "أكرِمُوا الخُبْزَ، ومِنْ كرامتِه أن لا
يُنتظرَ به الإدامُ" والموقوف أشْبَهُ، فلا يثبت رفعُه، ولا رفعُ ما قبله.
وأما حديثُ النهى عن قطع الخبز بالسكين، فباطل لا أصل له عن رسول الله صلى الله
عليه وسلم
[الطب النبوي، ابن قيم الجوزية، بيروت: دار
الكتاب العربي، ص231]
Al-Baihaqi menyebutkan hadith ‘Aisyah r.a, bahawa (dia menyandarkannya
kepada Nabi s.a.w) berkata: “Muliakanlah roti, dan diantara kemuliannya ialah
ia tidak menunggu al-idaam”.
(Hadith tersebut) Mauquf adalah lebih benar, tidak thabit secara marfu’,
dan tidak marfu’ juga apa yang sebelumnya. Adapun hadith mengenai larangan
memotong roti dengan pisau adalah bathil, tidak ada asalnya(palsu)
disandarkan kepada Rasulullah s.a.w.
Kalau kita perhatikan hadith-hadith berkaitan dengan kemulian roti, maka
kita akan dapati kesemuanya tidak sahih. Saya nukilkan sebahagiannya,
berdasarkan kitab سلسلة الأحاديث الضعيفة والموضوعة وأثرها السيئ في الأمة karya Al-Albani, beserta hukum hadith daripada
beliau. Antaranya:
1 – "أكرموا الخبز ، فإن الله تعالى أنزل له
بركات السماء ، وأخرج له بركات الأرض"
“Muliakanlah
roti, sesungguhnya Allah ta’ala menurunkan baginya keberkatan langit, dan
mengeluarkan baginya keberkatan bumi” [no: 28840] Status: Dhai’f.
2 – "خير طعامكم الخبز ، وخير فاكهتكم العنب"
“Sebaik-baik
makanan kamu adalah roti, dan sebaik-baik buah kamu adalah anggur” [no: 3576]
Status: Palsu.
3 – "لا تشموا الخبز كما تشم السباع"
“Janganlah kamu menghidu roti sepertimana binatang
menghidu” [no: 4784] Status: Dhai’f.
Kesimpulan:
Adalah menjadi tanggungjawab penulis untuk menyatakan sumber rujukan mana-mana hadith yang disebutkan dan statusnya (darjah penerimaan). Jika tidak, dia dianggap berdosa dan termasuk dalam penipuan atas nama agama. Wallahu 'alaam.
No comments:
Post a Comment