Monday, December 20, 2010

Penjihad Tidak Bermental

Selamatkan bumi palestin! Kasihankan nasib umat Islam! Saudara seagama yang wajib kita bela nasibnya. Laugan gempita yang biasa kedengaran. Peristiwa yang akan berulang senantiasa. Bermusim terkadang. Ketika ini, isunya agak membukam. Tidak banyak yang hendak diperkatakan tatkala regim zionis menyepi dalam arus antarabangsa seketika, dengan tidak membuat sesuatu yang mengegarkan cuping telinga dan menghentak pintu dada kita.

Andai ada yang asyik menyalahkan tindakan makhluk Tuhan bernama zionis itu dalam setiap kampen meyelamatkan maruah dan entiti Palestin, saya fikirkan ia tidak akan releven. Langsung tidak membantu menyelamatkan mereka untuk jangka waktu yang panjang. Tindakan asyik menyalahkan itu langsung tidak ada maknanya.

Sebenarnya sikap Zionis itu sememangnya lumrah, peranan musuh agama disepanjang zaman mana pun. Tidak ada suatu pelik pun disebaliknya. Memang tugasnya mencetus huru-hara. Peristiwa kekalahan umat Islam dimedan Uhud adalah peristiwa yang kita boleh qiaskan. Tatkala tentera Islam hampir dikalahkan oleh gerombolan tentera pimpinan Abu Sufian, Allah s.w.t yang Maha Mengasihani memberikan teguran. Bukan kepada sikap tentera kaum musyrik yang melakukan tindakan zalim, tetapi sebaliknya Allah s.w.t menegur tentera Islam ketika itu kerana tidak berpegang dengan perintah Rasulullah s.a.w.

Cuba renungkan firman Allah pada surah al-Imran :152-153.

Malang sekali kebiasaan kita tidak membahaskan sesuatu isu secara kritikal, terutama yang yang bersangkut-paut dengan umat Islam. Perlu kita sedari bahawa, titik mula kebangkitan perjuangan sewajibnya dimulai dengan perkara asas, iaitu pemahaman yang tulus kenapa kita berjuang. Atas sandaran apa, dan kemudian bagaimana cara yang ideal agar ia menjadi lebih berkesan. Bukan sewenang-wenangnya membuta-tuli atau pun memaki-maki, menunjuk emosi diri.

Kebanyakan kita bicaranya atas isu Palestin seperti itu. Menyalahkan dan menuding telunjuk sambil melaungkan buruknya sikap regim zionis. Tak ubah umpama arang yang membara seketika, padam tatkala bumbunya habis. Reaktif apabila dirangsang. Ada isu kita bangkit membara..tak ada perkara kita pun punah leka. Dibina atas dasar semangat yang luluh, bukannya atas dasar kesedaran yang utuh. Maka perlu kita bezakan keduanya itu, semangat dan juga kesedaran.

Jika tidak, semangat juang tidak akan pernah sama-sekali tahan lama. Malahan tindakan-tindakan yang diambil untuk menangani sesuatu isu semakin merapu dan terlalu idealistik untuk terlaksana. Ini sama sahaja mencurah tenaga ke daun keladi. Habis tercurah semua usaha, tanpa ada apa-apa hasil yang nyata atau berbaloi.

Maka jikalau dikata kita kalah, mungkin benarnya ada. Kerana jihad tidak kita kiblatkan ke titah Tuhan yang sebenarnya dan mengabil telunjuk sunnah nabi-Nya.

FAKTA

1. Pada hari ini, dengan mengambil jalan pintas para da’i (segelintirnya) memberikan pemahaman jihad melalui pendekatan kontemporari, seni umpamanya. Ia (seni) seharusnya difahami bukan medium utama dalam memberi pemahaman, sekadar sampingan atau alternatif sipi.

Kalau sketsa dan juga lakonan, pasti sama sahaja lebih kurang watak dan dialognya. Berulang dan terus berulang. Lucu juga melihat pelakon yang cuba memaparkan adegan pembunuhan ala-ala regim itu. Saya berani katakan yang berlakon itu tak jauh lebih faham apa yang dia lakukan. Malah ada yang sekadar mencapap (mencari publisiti).

Tak percaya , cuba tanya mereka mengenai konsep jihad dan perkara asas dalamnya yang perlu ditunai? Pasti ada melopong terpinga-pinga.

Ini kerana seni tidak dapat memberi pemahaman yang sempurna mengenai aqidah yang murni, akhlaq yang tulus, serta keutuhan memegang prinsip supaya berjati diri. Nilai-nilai inilah yang wajib diterapkan terlebih dahulu, yang mana dengan ini juga Nabi s.a.w akhirnya dapat membentuk tentera yang jitu.

Jihad tidak langsung tertegak dengan nyayian dan slogan! tetapi ia pasti bangkit dengan kewarasan fikiran dan tindakan. Pastinya juga kewarasan fikiran dan tepatnya tindakan tidak wujud melainkan adanya ilmu.

العلم ما قال الله تعالى وما قال رسول الله

2. Seringkali penceramah menghambur fakta mengenai Palestin dan kronologi penaklukannya. Bukanlah tidak penting, tetapi yang lebih utama untuk persoalan ini adalah bagaimana kita hendak mengendalikannya. BAGAIMANA itu lebih bermakna berbanding APA. Sesiapa sahaja boleh menuturkan benda yang sama andai dia membelek buku sejarah Palestin. Sekadar bercerita-cerita dengan mimik muka berapi takkan kemana-mana.

[bersambung...]

2 comments:

Bintang Suraya said...

salam.. syukran ya ustaz. ustaz membuka minda ana tentang BAGAIMANA itu sendiri... jangan lupa sambungannya.. =), wassalam...

ummuumar said...

sangat bersetuju. Kembali kepada membina asas keyakinan dengan ilmu yang menyeluruh.