Wednesday, December 8, 2010

International Shariah Investment Convention 2010: Suatu Penilaian [siri 2]

[Sambungan...]

4. Perkembangan bidang kewangan Islam menggantikan sistem konvensional sedia ada, sebenarnya juga menuntut kita untuk mengkaji sistem yang diguna pakai dalam bidang lain. Supaya lebih laras dengan syariah Islam. Tajdid seharusnya tidak hanya tertumpu kepada sistem kewangan, tetapi perlu kita cakupkan skopnya agar lebih global. Bidang pembuatan atau industri, bidang pendidikan, bidang politik, dan mungkin juga hiburan, semuanya perlu kepada keselarasan syriah Islam.

Tajid atau pembaharuan yang dimaksudkan disini adalah integrasi nilai agama ke dalam setiap bidang atau sistem. Perkara yang mengandungi unsur menyalahi hukum dibuang dan dimansuh, serta nilai murni sedia ada yang selaras dengan lunas agama diperkukuh. Sekiranya orang boleh meyakini mengenai penghasilan yang lebih efektif disebabkan integriti bidang kewangan dengan syariah menjadi suatu sistem utuh, kenapa kita tidak menyakini integriti syariah dengan bidang yang lain?

5. Akhir sekali, keberjayaan satu-satu bidang sebenarnya disokong oleh kerjasama golongan akademik dan juga pengamal dalam satu-satu bidang. Maka seharusnya, golongan akedemik turun kelapangan supaya pandangan mereka terhadap suatu perkara lebih realistik dan juga praktikal, sebelum sebarang pandangan dikeluarkan.

Golongan bergelar ustaz dan ustazah yang selesa “berdakwah” di alam masing-masing, lebih dari patut untuk meluaskan skop mereka. Agamawan bukan sesuatu yang jawatan yang ekslusif, sekadar membaca “mentera” dimajlis-majlis, tetapi adalah agen kepada perubahan dan pembaikan. Golongan ini perlu meluaskan skop pembacaan dan mengkaji bidang-bidang yang perlu diislahkan. Setidak-tidaknya mereka dapat memberikan komentar berguna apabila ditanya dari perspektif syariah.

Wallahu’alam...

0 comments: