Sambungan...
Segalanya Bermula Dengan Niat.
Niat yang ikhlas membentuk kekuatan dalaman. Ini bertujuan supaya seoarang da’ii itu menyedari segala urusan yang dilakukan hanyalah semata-mata untuk meredhakan Allah s.w.t dan bukan selainnya. Akhirnya, perasaan ini membentuk jati diri seseorang untuk tidak takutkan makhluk. Selain itu, ia juga menghindarkan kepentingan diri dan peribadi turut hadir, berupa keduniaan, dalam medan dakwah.
Niat ikhlas yang hadir dapat mengelakkan seorang da’ii terjerumus daripada penyakit riya’ (menunjuk-nunjuk). Bahkan sebaliknya, Allah s.w.t menjanjikan pertolongan dan kemenangan kepada golongan yang ikhlas berbakti untuk agama-Nya.
Firman Allah s.w.t: "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" [Muhammad 47: 7]
Yakin Dengan Pahala Dan Ganjaran Tuhan
Keyakinan jitu yang dimiliki oleh para al-Anbiya kepada ganjaran syurga dan kedahsyatan neraka memberikan keberanian dalam menyampaikan risalah Allah yang Maha Perkasa. Begitu jugalah halnya sahabat Nabi s.a.w. Bermati-matian demi memastikan kemungkaran tidak berlaku. Oleh itu, seorang da’ii yang berani terbentuk oleh kayakinannya kepada janji tuhan-Nya kelak. Semakin tinggi nilai tawakkal dan kepercayaan kita kepada Allah semakin berani jugalah kita bertindak.
Cuba renung dan kaitkan dengan hadith ini:
Dari Abu Sa’id Al-Khudri rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa di antara kalian melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya; jika dia tidak mampu, maka dengan lisannya; jika dia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)
Lemahnya keyakinan dalam diri membawa kepada lemahnya tindakan.
Kuatkan Jiwa Sebelum Menerobos Benteng Ketakutan
Pepatah ada mengatakan "فاقد الشيء لا يعطي" orang yang kosong tidak memberikan apa-apa. Jadi, bagaimana mungkin keberanian dan keberkesanan dakwah boleh tercetus jika ia dipikul oleh peribadi yang kosong. Dakwah tidak sekadar berbentuk semangat menyatakan pendirian dan pendapat, tetapi ia dibina atas kesedaran. Juga, kesedaran sekali-kali tidak terbina melainkan dengan ilmu pengetahuan yang jitu terhadap kitab Allah dan sunnah rasul-Nya.
Memiliki Metor Dakwah
Membaca sirah nabawi memberikan kita pedoman dan iktibar yang penting. Al-Quran memberikan inspirasi kepada Rasul s.a.w melalui kisah-kisah pengorbanan para anbiya yang diutus sebelum daripada baginda. Ia turut memberi gambaran mengenai situasi dan fitrah dakwah itu sendiri. Sedikit-sebanyak baginda turut memotivasi diri melaluinya.
Lebih baik lagi, sekiranya kita memiliki murabbi (mentor) dimedan ini selain daripada membaca sirah nabawi. Carilah seorang yang dapat dijadikan rujukan dan memberi nasihat tatkala hendak mengambil langkah. Juga yang boleh menegur jika tersalah arah. Pada kebiasaannya, tokoh-tokoh yang kita jadikan pedoman dapat memberikan sedikit-sebanyak panduan supaya tidak tersalah langkah.
Berada Dalam Kelompok
Bi’ah (persekitaran) begitu penting dalam membina peribadi insan. Kelompok yang baik pastilah juga menginginkan kebaikan sentiasa hadir. Seorang insan, secara fitrahnya berasa gah apabila berada pada kelompoknya. Juga, tidaklah salah kalau ia kita arahkan kepada kebaikan. “Berani Kerana Benar”.
Insan itu kadang-kala tenggelam timbul imannya. Ada masanya berasa letih dan bermalas-malas. Berada pada kelompok yang memiliki fikrah (ideologi) dapat saling kuat-mengutkan antara satu sama lain. Menyedarkan satu sama lain mengenai misi dan hala tuju akhir.
Analoginya sama seperti sekumpulan anak muda yang membuat study group bersama-sama. Bukankah mereka saling termotivasi apabila bersama dan dapat menutup kelemahan sesama mereka. Yang tak tahu mengajarkan yang tahu. Yang bersemangat mendorong yang lemah. Maka jalan dakwah itu lebih utama untuk kita saling membantu. Insyallah keberanian akan timbul jika dapat mencari kelompok yang betul.
Firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh”...
Semoga kita turut diberikan taufiq dan petunjuk dalam melakukan kebaikan dan amal soleh...ameen

1 comments:
menjadi dai' sejati itu bukan mudah. walaupun manhajnya telah diberikan oleh Allah dan perlaksanaan ditunjukkan oleh Rasulullah, namun ramai yg masih belum memiliki natijahnya...kerana apa? semuanya terletak pada kebersihan hati....apakah hati ini benar2 ikhlas dalam mendokong dan membesarkan kalimah Allah....di sana syaitan sentiasa menanti..utk terus mengotori hati ..agar keberkahan tidak didapatkan..berbahagialah mereka yg terus memperhatikan hatinya...
Post a Comment