Setiap orang yang menganuti Islam sebagai peganggan belum tentu boleh menjadi seorang Muslim sejati. Dewasa ini, kita disajikan dengan pelbagai berita mengenai masalah sosial masyarakat kita. Walaupun mengaku muslim, golongan ini lah yang tampak banyak terjebak. Atas dasar tanggungjawab sosial dan persaudaraan agama maka perlunya satu golongan bangkit memperbaiki keadaan, sebagai musleh.Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم seumur hidupnya, lena dan juga jaganya, senantiasa berfikir untuk memperbaiki urusan ummah. Mengajak penyembah berhala kepada penyembah Allah yang Maha Esa. Begitu juga halnya sahabat baginda صلى الله عليه وسلم yang mengikuti gaya hidup rasul mereka. Generasi emas yang patut menjadi ikutan ummat kini.
Para sahabat cukup merasa bertanggungjawab terhadap permasalahan yang dialami manusia. Rasa tanggungjawab yang subur dalam diri mereka tidak mungkin akan hilang dan pupus begitu sahaja. Ini kerana, mereka mengetahui akibat melarikan diri daripada tanggungjawab itu lebih buruk kesannya berbanding penindasan yang mereka alami. Kerugian yang akan menimpa tiada taranya jika dibandingkan dengan apa sahaja kesusahan-kesusahan yang mereka hadapi akibat menanggung tanggungjawab da’wah. [رحيق المختوم]
Realitinya tidak berlaku pada zaman mereka, tetapi kita...yang ujud pada hari ini terkesan dek lantaran bermalas-malasan mengajak manusia kepada kebaikan.
Keberkatan kehidupan seharian seolah-olah ditarik oleh Allah Ta’ala. Bencana begitu berleluasa. Tidak sekadar bencana alam yang dialami bahkan yang lainnya juga. keruntuhan ekonomi, fitnah tersebar disana-sini, sosial masyarakat betabrakan, dan pelbagai masalah baru yang tidak pernah berlaku dahulu menjelma depan mata.
Runtun hati apabila kita melihat begitu banyak bayi yang tidak berdosa dilempar oleh ibu kandungnya, anak-anak gadis diperkosa hilang kehormatannya, ibu menjadi khadam melahirkan tuannya, pemimpin masyarakat menjadi-jadi menabur fitnah sesamanya...keadaan menjadi lebih teruk hari demi hari. Seolah-olah berpatah kembali ke zaman arab jahiliyyah.
Maka perlunya kita sebagai orang yang berkesedaran memulakan langkah mengajak masyarakat mematuhi suruhan Allah dan menghindari segala tegahan-Nya. Sikap orang yang melarikan diri daripada da’wah umpama orang yang mementingkan diri sendiri. Beranggapan dirinya cukup akan ke syurga dengan amal ibadahnya bersendiri-sendiri.
Allah berfirman di dalam al-Quran: “Maka mengapa tidak ada dari umat-umat yang sebelum kamu orang-orang yang mempunyai keutamaan yang melarang daripada (mengerjakan) kerosakan di muka bumi, kecuali sebahagian kecil di antara orang-orang yang telah Kami selamatkan di antara mereka, dan orang-orang yang zalim hanya mementingkan kenikmatan yang mewah yang ada pada mereka, dan mereka adalah orang-orang yang berdosa. Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang berbuat pembaikan (Musleh)” Huud: 115-116.
Ayat ini juga menegaskan bahawa Allah tidak akan membinasakan negeri yang orangnya masih ada penyeru kepada kebaikan. Juga sebaliknya, tidak membuat ammar ma’ruf nahi mungkar adalah punca Allah Ta’la memusnahkan penduduk sesuatu kaum.
Kami Mahu Buat Amar Ma’ruf
Banyak persoalan timbul apabila kita membuka topik da’wah. Ia bukanlah sekadar bertempik-tempik dijalanan menyatakan pendirian dan sokongan sana-sini. Ia lebih dari itu. Ada prinsip dan disiplin yang perlu sama-sama kita ikuti, bahkan hayati sebaiknya. Selain itu, ada persoalan yang pastinya ujud dalam setiap sanubari insan da’wah ini...keberanian.
keberanian untuk mengajak kepada kebaikan ketika bertemu dengan “sasaran”. Petah berbicara tidak semestinya cekap hujahnya ketika berda’wah. Banyak saja orang yang kosong bicaranya, sekadar “menggoreng” dalam perbahasan. Banyak saja yang berani cakap belakang, melopong apabila berhadapan. Banyak saja yang tahu mengkritik mangarah, membatu apabila diajak agar membantu.
Memupuk kekuatan bukanlah urusan sehari dua. Nabi صلى الله عليه وسلم juga tidaklah akan begitu susah pulahan tahun sekirannya urusan da’wah ini begitu mudah. Kesabaran membentuk kekuatan.
[bersambung]
0 comments:
Post a Comment