ALHAMDULILLAH, diberi sedikit kelapangan menulis. Hanya perkara santai sahaja, mungkin. Mutakhir ini berlaku beberapa kekalutan dan pertelingkahan dikalangan para ikhwah dan mungkin juga akahwat. Tidak sedikit yang mengadu. Mungkin ramai juga yang tidak menyedari. Terasa sungguh mengecewakan dan sedih. Bagaimana tahap kematangan dan manhaj sunnah itu tidak terpakai. Malah ada yang mula menjadi batu neraka (batu api), padahal diri sendiri tidak menyedari.
Sikap untuk menyelidik dan memastikan sesuatu berita itu betul dan benar seolah-olah “kelabu”. Maka, terjadilah fitnah. Perasaan untuk berbaik sangka sesama saudara itu tidak lagi terjelma, apatah lagi untuk menghormati dan membela. Mungkin disebabkan perasaan hati dan peristiwa lalu menjadikan segalanya tampak tidak jelas. Menjadikan apa yang dinampak semua silap dan apabila tercetus suatu perkara baru, itulah yang menjadi batu loncatan. Titik untuk dibalahkan.
Seharusnya, rakan-rakan yang memerhatikan atau terlibat hendaklah menanam niat untuk melakukan islah, mendamaikan hubungan antara dua pihak. Biarlah telus, tidak berkepentingan dan tidak beremosi. Jika ada orang tengah khusus yang boleh mendamaikan, itu adalah lebih baik. Kedua-dua pihak berkonflik juga seharusnya benar-benar memastikan sesuatu khabar yang sampai diselidiki dengan setelus mungkin. Ini kerana, setiap perkataan yang dikhabarkan pasti tidak dapat disampaikan 100% sama seperti asalnya. Tambahan pula, pemahaman orang yang menerima sesuatu berita atau mesej itu boleh jadi pelbagai dan mungkin si penutur atau pemberi khabar sama-sekali tidak meniatkan begitu.
Berbuka Buka Puasa Bersama Abang Nash, Lefthanded
Pada petang itu, dalam asyik berfikir saya menerima mesej daripada rakan bilik mengajak iftar di luar. Berbuka dirumah artis katanya. Tidak pernah terfikir-fikir hendak kesana, tetapi seorang lagi rakan kami ini sudah berjanji dengan artis tersebut. Kami yang berdua sebilik ini hanya meraikan sahaja rakan kami ini sebagai memenuhi jemputan. Itulah hari terakhirnya dibumi Malaysia sebelum berlepas ke Moscow pukul 3pagi nanti. Lagipun malam karang kami juga yang akan menghantarnya ke KLIA.

Terpaksa juga bersiap selepas asar, perjalannya masih jauh. Banyak tempat yang perlu dikunjungi katanya. Kami berkereta ke Shah Alam hendak berbuka dirumah vokalis utama kumpulan Lefthanded, Nash. Saya memandu ditemani rakan bilik, Junid. Firdaus menjadi tetamu yang dirai. Kami tiba lewat di Shah Alam, almaklum sahajalah Shah Alam ini terkenal dengan “pulau roundabout” tersesat kita dibuatnya kalau tidak biasa.
Firdaus membahasakan dia sebagai Abang Nash. Kami menuruti sahaja. Dikernakan lewat, terpaksa berbuka dengan coklat dalam kereta. Abang Nash datang menjemput dengan Wira birunya sambil menyuakan kurma “buka dulu dengan kurma” katanya. Setiba dirumah, dia melayan mesra. Agak sedap masakannya. Sambil makan kami berbual-bual, cumanya ada suatu ketika entah macam mana mulut ini tersasul. Hendak menayakan perihal anak sulungnya, akhirnya yang terkeluar “Isteri sulung Abang Nash kat mane sekarang ni?” berpeluh juga hendak “cover” semula. Junid dan Firdaus sudah hendak tersembur.
Mungkin dia memahami, saya pun tidaklah maksudkan begitu. Tetapi sesekali ada juga dia sebutkan mengenai perihal keluarganya. Kami hanya mendengar teliti, sesekali menganggukan tanda setuju. Mungkin kami dapat kesimpulan yang sebenarnya ujian tuhan itu akan menujukan seseorang kepada proses kematangan, Abang Nash mengakuinya.
“Macam mana Abang Nash buat persembahan dipentas, tak gemuruh ke? Nak hilangkan tu macam mana ek?” Tiba-tiba saya terfikir hendak bertanya. Tidak tersangka-sangka dia akhirnya memberikan tazkirah kepada saya... Selalunya “part” tu saya yang pegang. Katanya, ketika dipentas, kita hendaklah tanam dalam diri yang satu-satunya patut kita takuti adalah Allah semata-mata. Manusia lainnya, kita tidak perlu takuti tetapi hanya hormati. Untuk menghormati orang lain, kita pertama-tamanya hendaklah menghormati diri sendiri terlebih dahulu. Saya hanya terdiam. Perbualan kami berlanjutan sehingga selepas solat Maghrib.
Banyak perkara kami bualkan, dari perkongsian pengalaman sehinggalah kepada perkongsian ilmu agama. Sebelum berpisah dia sempat menitipkan kami cenderahati, untuk kenang-kenangan. Dia memeluk kami seorang demi seorang sambil memberi kata semangat. Terasa macam kenal lama. “Jangan lupa jumpa Abang Nash 12hb ni kat UIA” katanya. Mungkin SRC menjemput dia untuk bagi “tazkirah” sempena convo bulan depan ni. Secara kebetulan pula, tahun ini adalah giliran untuk kami untuk menerima ijazah.
Destinasi seterusnya adalah Chowkit Road, kami solat seketika di Masjid Shah Alam sebelum meneruskan perjalanan. Kali ini yang hendak dijumpa adalah bekas ketua samseng Chowkit, Lan Air Batu. Sebut sahaja nama tu semua samseng mengenali. Dahulunya pernah bertugas mengambil upah membunuh. Tetapi dakwah punya pasal akhirnya insaf dan menganggotai “jemaah”. Tetapi peranannya tetap lebih kurang sama. Tidak sempat berbual atau bertanya pengalaman dengan abang seorang ini. Firdaus hanya datang berjumpa untuk memberikan oleh-oleh dari kampungnya. Dia pun turut memberikan buah tanggan kepada kami.
Perjalanan agak tergesa-gesa pada malam itu. Selepas sahaja dari Chowkit kami ke Taman Sri Gombak. Berjumpa Ustaz Halim Abbas untuk mengambil bagasi Firdaus. Mungin ada yang mengenali dan mungkin ada yang terlupa nama ustaz ni. Tetapi tidak pada anggota Al-Arqam, kerana dia dahulunya adalah bekas pembantu Ustaz Ash’ari Muhammad. Seorang pemikir strategi. Orang yang pernah berjumpa dengan Musa Hitam, bekas timbalan perdana menteri pada ketika itu untuk menawarkannya jawatan perdana menteri mengantikan Tun Dr. Mahathir (boleh baca buku tulisan Mohammad Suyuthi Omar: “Al-Arqam: Hitam Putih Disebalik Realiti”)
Jam menunjukan pukul 12.05pagi. Kami bergegas ke KLIA menghantar Firdaus, kali ini ditemani seorang lagi sahabat, Shukri. Kenalan lamanya dizaman persekolahan dulu. Banyak benda hendak mereka borakkan, kesempatan yang tinggal hanya dalam perjalanan ke KLIA. Kami menyambung bual sambil mengisi perut direstoran Burger King, KLIA sementara menunggu penerbangan. Timbul perasaan seronok melihat sahabat yang hendak berlepas ke luar negeri untuk menuntut ilmu. Saya turut memasang cita-cita yang sama. Harapnya tahun hadapan boleh berangkat, Insya’Allah.
Perjalanan yang sungguh meletihkan tetapi bermakna. Jam menunjukkan pukul 3.30pagi, kepala mula berpinar. Tidak rehat semenjak petang tadi. Pulangnya pula, saya yang memandu. Setelah sampai terpaksa pula bersengkang mata sampai ke solat subuh. kalau tidak, alamatnya subuh tahap “dewa”lah jadinya. Ternyata benar, kami bertiga bangkit pukul satu tenggahari.
Saya mendoakan kepada diri ini dan sahabat-sahabat sekalian untuk terus berusaha dijalan kebaikan, ameen.

0 comments:
Post a Comment